Panduan Clipper

Daripada daftar sampai payout.

Tujuh langkah lengkap untuk mula menjana pendapatan dengan video pendek. Setiap views yang disahkan bertukar jadi ringgit, dibayar terus ke bank anda.

  1. Daftar sebagai Clipper dan sahkan email anda. Selepas log masuk kali pertama, tonton video tutorial wajib (1 minit) yang muncul secara automatik; anda boleh tonton semula bila-bila masa dari halaman Panduan dalam workspace anda. Kemudian pergi ke halaman Social Accounts dan masukkan handle username anda untuk platform yang anda guna. Sistem beri code unik (contoh CF-XXXX): letak code tu dalam bio akaun sosial anda ATAU caption video terbaru, kemudian tekan Check. Kalau semakan pertama tak jumpa code, jangan risau: sistem check semula secara automatik sehingga 1 jam (bio kadang lambat update di pihak platform), dan anda boleh tekan Check now sekali dalam tempoh tu. Code sah selama 48 jam dan boleh dibuang dari bio selepas verified; kalau anda edit handle dalam tempoh itu (platform sama), code yang sama dibawa ke request baru. Langkah ini penting: tanpa verified handle, anda tak boleh submit clip untuk platform tersebut. Ada lebih dari satu akaun? Boleh: verify sehingga 5 akaun bagi setiap platform guna butang Add another account, dan submission diterima dari mana-mana akaun verified anda. Tukar username kemudian? Guna butang Update pada handle verified: handle lama kekal sah sehingga yang baru lulus, jadi anda boleh terus submit tanpa gangguan. Akhir sekali, isi maklumat bank di halaman Wallet, ia diperlukan sebelum anda boleh request payout.

    • Sahkan email selepas daftar
    • Masukkan handle username di Social Accounts
    • Verify handle: letak code CF-XXXX dalam bio atau caption video terbaru, tekan Check
    • Isi maklumat bank di Wallet

Kalau clip anda rejected

Setiap penolakan datang dengan sebab, sama ada dari admin masa QA atau dari brand masa verification. Baca sebab tersebut di My Submissions, betulkan apa yang perlu, dan hantar clip baru. URL yang sama tidak boleh dihantar semula, jadi buat clip baru yang menepati brief.

Macam mana views dikira

Views diambil terus dari platform melalui sistem verification automatik dan dikemaskini secara berkala untuk clip yang aktif. Hanya verified views dikira. Campaign boleh tetapkan minimum views sebelum clip mula berbayar, dan siling maksimum views yang dikira untuk satu clip. Kedua duanya tertera pada halaman campaign.

Bila duit boleh keluar

Earnings bersih masuk ke Wallet anda selepas platform fee 10%. Bila baki capai RM50, anda boleh request payout dan admin akan buat bank transfer. Kalau ada dispute pada sesuatu clip, jumlah terbabit dibekukan sementara sehingga ia selesai.

Soalan lazim

Dah faham? Jom mula.

Percuma untuk clippers. Anda hanya perlukan akaun media sosial dan kemahiran clipping.

Daftar sebagai Clipper